Tips Penting Jahit Lycra Guna Mesin Portable Singer Confidence

Kain lycra dan jersey memang cantik. Bila buat jubah atau dress memang flowy je, jadi sungguh feminin dan sesuai dengan wanita. Bagi wanita yang suka menjahit sendiri baju mereka, ini adalah satu plus point. Tapi jadi haru biru juga kalau mesin yang ada di rumah tak berapa nak beri kerjasama untuk jahit kain dari jenis yang stretchable ni.

Kali ni Lya dah kumpulkan maklumat serba sedikit tentang bagaimana nak jahit projek yang guna kain lycra dengan mesin Singer Confidence. Ok sebelum tu kita tunjuk dulu rupa mesin yang dimaksudkan ya:



Mesin jahit portable Singer Confidence
So inilah dia mesin jahit portable saya. Dari jenama Singer, model Confidence.


Sebenarnya mesin saya di dah umur 4 tahun lebih kurang.. tapi memang tak pernah sekali pun saya berjaya jahit kain lycra dengan mesin ni tanpa sebarang alat bantu. Frust kan? Seolah-olah macam mesin saya ni ada defect dari kilang gtu. So kena buat trick itu dan ini untuk membolehkan ia menjahit kain stretchable. FYI, saya ada pergi kelas jahitan di Kolej Komuniti Shah Alam and kat sana pakai mesin Brother NV30 kalau tak silap saya. Masya Allah! Tak perlu alat bantu yang pelik langsung! Mesin tu terus boleh jahit kain lycra tanpa sebarang susah payah, rasa macam best gila berbanding mesin ni. Tapi sebab saya rasa bertanggungjawab untuk memanfaatkan alat yang ada, saya cuba jugak cari jalan untuk membolehkan mesin ni berbakti kepada saya jahit kain lycra.

So terdapat beberapa tips yang Lya kumpulkan hasil perkongsian otai-otai di Geng Jahit ( satu closed group di FB), dan saya dengan gigihnya mencuba setiap satu tips dalam masa 3 hari. So kat sini Lya akan bagi kira macam review lah untuk setiap tips ya:

Tips #1. Pakai jarum saiz 13 untuk Singer.
Kebiasaannya saya pakai jarum saiz 11 untuk menjahit, tapi since ni kain special, kata kawan di Geng Jahit cubalah jarum saiz 13. Nasib memang ada jarum ni kat rumah so cubalah.


Tips #2. Tampal selotape di bawah tapak jahit.


Saya tampal selotape bawah tapak saya lebih kurang macam ni ( lupa nak amik gambar so pinjamlah gambar reference Pinterest ni ya). Pada lubang yang jarum nak turun tu kita buat tebuk lubang sikit, kalau tak buat nanti jarum susah lak nak cucuk through selotape tu.

REVIEW Tips 1 & 2: 50-50. Kat kain perca cantik stitchesnya, tapi pada projek sebenar stitches jadi lompat-lompat. Masa jahit pulak, benang kerap putus ( menyebabkan sabar saya pun putus juga heheh)

Tak ke pening tu? Makanya kena lah cuba lagi tips yang lain...

Tips #3. Guna jarum saiz 13, tapi masa nak pasang tu turunkan sikit, jangan masukkan jarum sampai habis. Jangan turunkan banyak sangat, takut nanti patah pulak jarumnya.

REVIEW: Tidak berjaya.Tips ni Lya spend masa agak lama jugak nak try, sebab honestly tak berjaya clamp pun jarum ni kalau letak bawah daripada slot penuhnya. So tak dapatlah tahu jadi ke tidak tips ni.



Tips #4. Benang bawah tak boleh kendur.

Mula-mula setting tension saya di mesin ( bahagian atas mesin dialnya berbentuk bulat) saya letak -3, so dari situ saya turunkan tension benang ke -2. Cuba jaya lah kaedahnya until bila kita stitch tu stitches kita elok sedap kita melihatnya. Ni setiap unit memang tak sama tolerannya, jadi masing-masing kena try ya. 

Tips #5. Pakai jarum emas saiz 11.

Okay untuk tips ni memang terkenal untuk tackle masalah jahit kain lycra. Masa lya saiko nak cuba juga jahit projek peplum ni, memang tak tahu pun actually Lya ada je jarum ni! Sabar jelah.. I think hari ke-3 eksperimen baru perasan dalam kotak supply ada sepaket jarum emas. Masa tu rasa macam Allah je yang kirim jarum tu  duduk situ hehehe!

REVIEW: Namun demikian, stitches masih lagi tidak menjadi ( ini dengan keadaan tapak jahit masih ada selotape  ya). So tidaklah 100% foolproof jugak jarum ni.

Tips #6. Pakai jarum emas saiz 11 + Alas kain dengan kertas

Tips jahit lycra dengan mesin portable singer


REVIEW: BERJAYA! Lya perasan bila kita jahit tu, feed mesin ( alat yang buat kain kita bergerak ke atas) bergerak dengan cantiknya. Masa ni saya mulakan dengan alas kain dengan kertas A4 ( kebetulan itu yang ada berdekatan dengan saya) dan Alhamdulillah stitches melekat pada kain lycra like magic!

Finally!

Lepas jahit ni satu je lecehnya- banyak sampah! Kena koyakkan kertas lepas dah siap stitch. Cumanya bila koyak kertas tu, ada jugak stitches yang terangkat sama so ada yang loose dan ada yang ok. Kiranya tak cantik jugak lah, tapi lebih baik daripada tak stitch langsung. So saya assume sebab kertas A4 tu tebal bila saya tarik untuk koyak ia perlukan daya yang besar juga therefore terangkatlah mana-mana stitches yang tak kuat tu. Untuk pieces baju yang lain, saya guna tracing paper sebagai alas. Stitches pun ok sikit rupa dia.

P/S: masa menjahit kain lycra ni, kena sentiasa ingat yang kita kena tarik sikit belah depan kain tu ya. Kain lycra tak jalan selancar kain-kain biasa, perlukan sedikit bantuan untuk kasi stitches lancar dan tak berkumpul satu tempat.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment