Tutorial 2 (Jahit Tulang Belut ) Jahit Tulang Belut

Jahitan tulang belut biasanya dijahit sebagai kemasan pada leher baju kurung. Untuk contoh ini, saya terpaksa menggunakan contoh baju kurung yang saya yg dijahit kemasan mesin sahaja....Maaf la ni aja yg sempat saya jumpa. Malas nak mengeledah baju2 yg saya da mula simpan. Almaklum da pakai uniform ibu2 mengandung ni sekarang. Tapi yg penting saya dapat tunjukkan cara jahitannya. Free jek.

Peringatan, cara jahitan ini sepertimana yang diajar oleh mak saya. Saya takde background secara formal dari mana2 kelas jahitan atau ada apa2 sijil jahitan. So kalau ada saper2 yg rasa2 ada teknik jahitan yg lebih sistematik, saya harap dapat bg komen dan pendapat untuk sama2 kita kongsikan ilmu itu ye.....

Cara2 jahitan tulang belut:-

1) Contoh leher baju yg akan dijahitkan tulang belut.

2) Gunakan selembar benang. 


3) Simpulkan hujung benang tersebut seperti dibawah.


4) Cucukkan jarum dibahagian dalam seperti rajah di bawah. 
 
5)Tarikkan benang keluar seperti rajah di bawah.

6) Cucuk jarum untuk membentuk sembatan pertama. Pastikan bahagian luar baju menghadap ke arah kita. Tarik jarum sehingga benang melepasi bahagian dalam leher baju tersebut.


7) Terhasillah sembatan pertama seperti di bawah.


8) Cucuk lagi jarum untuk menghasilkan sembatan ke dua. Tarik jarum sehingga benang melepasi bahagian dalam leher baju.


9) Maka terhasil sembatan ke dua seperti di bawah.


10) Cucuk lagi jarum untuk sembatan ke tiga.


11) So dah jadi sembatan ke tiga seperti di bawah.


12) Cucukkan jarum di bawah benang sembatan yang pertama tadi. Tarikkan sehingga benang melepasinya.


13) Hasilnya seperti gambar-gambar di bawah.

-pandangan dari bahagian luar leher baju-

-pandangan dari bahagian dalam leher baju-


14) Cucukkan jarum di sebelah kanan sembatan yang pertama seperti di bawah.


15) Tarikkan jarum sehingga benang melepasi bahagian dalam leher baju seperti di bawah.


16) Cucukkan jarum di sebelah kiri sembatan yang ke tiga seperti di bawah.


17)  Tarikkan jarum sehingga benang melepasi bahagian dalam leher baju, seperti gambar di bawah.


18) Cucukkan jarum di bawah benang sembatan yang ke dua tadi.


19) Tarik jarum sehingga benang melepasi bawah sembatan ke dua tersebut.


20) Cucukkan jarum di bawah benang sembatan pertama dan juga benang2 yg berdekatan sembatan pertama, seperti gambar di bawah.


21) Tarikkan jarum sehingga benang melepasi benang2 di sembatan pertama. Pastikan ianya hanya melalui bahagian bawah benang....(tidak menembusi kain, seperti gambar di bawah).


22) Ulangi langkah-langkah no. 16 hingga 21...iaitu dengan cucukkan semula jarum di sebelah sembatan yang terakhir tadi (langkah no.16 dan ikut semula langkah2 seterusnya iaitu no.17 hingga 21)

-langkah no.16 tadi, cucukkan jarum di sebelah sembatan yg paling akhir, di kiri sekali...dan teruskan langkah no.17 hingga no.21-


Ulang-ulangkan semua langkah2 di atas sehingga jahitan lengkap keseluruh bahagian leher baju.
So, begitulah cara-cara jahitan tulang belut. Saya harap sgt2 nota ini dapat membantu kawan2 untuk belajar teknik jahitan ini. Maaf la gaya bahasa yang agak tak tersusun...dan gambar2 kalau tak jelas sgt yek.....    ;)

So, bertemu lagi untuk nota-nota jahitan yang lain. Insya Allah...

No comments:

Post a Comment