Tutorial cara jahit cadar fitted

Sebelum ini, semua cadar di rumah di beli di pasar raya. Tak suka dengan kualitinya, kain jarang dan bila pakai lama-lama akan jadi berbulu.

Sempena dengan kehadiran katil single baru untuk Nurin, mamanya super excited la nak buat cadar fitted baru.Terlebih rajin pula snap gambar untuk buat tutorial. Jadi sama-sama kita kongsikan.

Mula-mula kena beli kain. Seeloknya beli kain cotton bidang 93 inci tu.
Bahan-bahan dan alat :

  • 1.25 m untuk cadar single sahaja. (kalau nak bantal tidur dua biji dan sebiji bantal peluk kena beli 1.5m lagi)
  • getah cadar 1.2 m/ 47'  lebar 1 inci 
  • mesin jahit
  • tali ukur
Langkah 1:
Basuh kain dan keringkan. Ini adalah kerana kebanyakkan cotton akan mengecut.

Langkah 2 :
  • Ambil ukuran tilam, iaitu ukuran panjang, lebar dan tebal tilam.
  • Ukuran saya panjang -74', lebar 36' dan tebal 4'.
  • Potong kain panjang dan lebar di setiap sisi dengan penambahan tebal tilam + 1' . Contohnya
  • panjang (74' + 5' atas + 5' bawah ) =84'
  • lebar (36' + 5' kiri + 5' kanan) = 46'
Langkah 3 :
  • potong 5' berbentuk kotak segiempat sama di setiap penjuru kain.

Langkah 4 :
  • jahit pepenjuru kotak segiempat sama tu, kemudian jahit tepi atau kelim. Buat di semua penjuru kain.
  • kelim keseluruhan kain. Saya guna tapak kelim, Ia sangat mudah dan menyeronokkan.










Langkah 5 : 
  • potong 4 keping getah cadar berukuran 12' sekeping
Langkah 6 :
  • Lipat dua getah, dan pinkan ditengah-tengah jahitan pepenjuru tadi.
  • Ukur 11' di sebelah kanan dan 11' di sebelah kiri dan pinkan hujung getah.


Langkah 7 :
  • menggunakan jahitan zig zag (lebar jahitan 4/5), jahit getah dengan meregangkan getah dan kain dan nanti kain akan berkerut dengan sendirinya.
  • ulang di setiap penjuru.




DAH SIAP!!! Sangat senangkan??


Tips :


  • Kalau nak buat untuk katil queen atau king pulak, caranya adalah sama seperti di atas. Tapi kena buat ukuran dan pengiraan sendiri sebab ketebalan tilam adalah berbeza.
  • ukuran lebar getah yang lebih besar boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment