Tutorial: Cara menjahit menggunakan elastic thread

Seperti mana yang direquest Win. Macam mana nak jahit kain gunakan benang getah (elastic thread). Heheheh siap boleh request eh, ala-ala stesen radio pula. Tapi untuk kebaikan semua apa salahnya.
Elastic thread di gulung dalam sekoci (bobbin). Ni memang kena buat guna tangan, jangan ketat sangat jangan longgar sangat. Nampak kan macam mana cara saya gulung tu, nak kata kemas sangat tu takdelah. Lebihkan sikit hujung benang tu.

Masukkan dalam rumah sekoci tu, Yang ni agak lebih sikit kerja, kena tarikkan benang tu kuat sikit supaya masuk kat tempat yang kecl tu. Benang ni tebal sikit dari benang biasa, kalau buat lemah lembut memang payah nak masuk, tarik tegang sikit dan masukkan ke tempat dia.
Keluarkan hujung elastic thread tu lebih sikit, nanti kalau dah terlepas masuk ke dalam, susah/ banyak kerja pula kena buka balik bobbin bawah tu. :) Mula-mula aje susah
Nak mulakan jahitan sama sahaja macam kita guna benang biasa kat bawah tu, tapi satu aje nak diubah, kedudukan butang kawalan benang atas tu selalu guna 3 kan tapi untuk elastic thread ni guna no 6. Nak bagi lebih ketat.

Selepas itu, jahit macam biasa. Pastikan kain yang bercorak belas atas. Waktu jahit tu tak perlu tarik kain ke belakang mesin, biarkan dia gerak sendiri. Tu nampak tak kedutan dibelakang tapak jahit tu. Berkedut cantik.
Bila dah sudah jahit tu, tarik elastic thread lebih sikit, Jangan tarik kuat sangat nanti masuk ke dalam. ehehe leceh dulu saya dah kena.

Ni la rupa lapisan pertama. Dah ada kedut-kedut comel.
Kalau kita jahit untuk lapisan kedua, kedutan tu dah makin jelas, rapat dan kemas.
Ni pula masa nak jahit lapisan ketiga. Letak sahaja kain tu dan biarkan dia bergerak macam biasa.
Lagi satu, setiap kali potong elastic thread ni, Buat simpulan mati. Tujuan dia supaya tak terlepas daripada benang biasa.
Tada… Inilah hasil jahitan menggunakan elastic thread. Macam hujung lengan baju pula kan. Selamat mencuba ye kawan-kawan.
Pesana hari Rabu: Siapa dah siap Jom Jahit?? hehehe

No comments:

Post a Comment